.: Latar Belakang Parti Demokrat Nasional Malaysia (PDNM) :.

PDNM digerakkan untuk memperjuangkan asas-asas politik dan kenegaraan yang tulus dan murni yang menjanjikan rakyat untuk mendapat perlindungan dalam hak-haknya dan sokongan untuk meningkatkan keupayaan diri melalui dasar-dasar yang berikut:

(a) menegakkan nilai-nilai demokratik tulin di negara ini

(b)   Memberi ruang dan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, asal usul dan jantina.

(c)    Memperjuangkan hak-hak kesamarataan secara merit di kalangan semua lapisan rakyat

(d)   Membela kumpulan masyarakat yang kurang bernasib baik untuk mendapat kemudahan dan keselesaan hidup setaraf dengan kumpulan masyarakat yang lain

(e)   Memperjuangkan dasar sosio-ekonomi yang berasaskan kepada keseimbangan, keadilan sosial sejagat dan peluang yang adil kepada setiap rakyat Malaysia.

(f)     Memperkasakan semangat cintakan negara dan perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia

PDNM adalah wadah memperjuangkan dan melanjutkan suara hati nurani rakyat.  Bagaimanapun kejayaan Parti menegakkan asas perjuangan rakyat hanya mampu tercapai melalui perjuangan bersama-sama rakyat. PDNM juga adalah pejuang kepada suara nurani rakyat, melalui cara dan wadah yang mampu digalas oleh parti. Maka PDNM mengajak rakyat untuk bangun :-

(a)   Bersama-sama PDNM sebagai ahli yang sentiasa berada di barisan hadapan perjuangan

(b)    atau menjadi rakan sekutu Parti yang terus memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk sokongan sama ada material ataupun semangat perjuangan,

(c)    Atau seorang pengundi yang mempunyai hak demokrasi, PDNM adalah saluran anda menzahirkan demokrasi politik di Malaysia melalui UNDI pilihanraya.

 JUSTIFIKASI

1. Gambar nukleus melambangkan "life" atau tenaga kehidupan yang teratur dalam satu sistem.

2. Warna hijau melambangkan keharmonian dan ketelusan

3. Lambang simetrik melambangkan keadilan dan kesaksamaan yang diperjuangkan dan dijunjung oleh parti.

TAGLINE PARTI

"Nadi dan Denyut Jantung Rakyat"

MOTTO PARTI

"KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH DEMOKRATIK SAKSAMA DAN ADIL"

Parti Demokrat Nasional Malaysia (PDNM) mendokong hasrat membina sebuah negara Malaysia yang lebih demokratik di kalangan rakyatnya yang memberikan hak kepada setiap rakyatnya secara saksama dan adil dalam semua bentuk peluang, agihan kekayaan dan ruang untuk meningkatkan keupayaan diri.

Bersatu demi pembangunan rakyat dan negara yang tercinta.. 

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola